Posts

Showing posts from 2015

KASIH SAYANG FITRAH SEMULAJADI MANUSIA

Image
Program bersama Menteri Pulau Pinang Yb Lim Guan Eng dengan Rumah Permata Kasih dan Pusat Jagaan Kasih Abadi. Terima kasih wahai Tuhan atas kasih sayang Mu .Engkau buatkan ini semua kepada kami .Sayang -Nya Engkau kepada hamba -Mu ,buatkan hati hati anak anak ini makin erat dengan Mu Tuhan.Engkau yang memjayakan ini wahai Tuhan,Kepada Tuhan anak anak ini diajar berterima kasih.Terima kasih kepada semua penyumbang ,hanya Allah yang akan membalas nya dan moga setiap tenaga,keringat  yang dicurahkan kepada RPK mendapat nilaian disisi Allah ,Biarlah tangan kanan memberi tangan kiri tidak melihatnya.... disini ada beberapa coret coretan yang berlaku sepanjang program...yang sempat tangkap....

RAMADHAN HAMPIR TIBA

Image
Yang Dihormati,   DATO’ , DATIN , TUAN , PUAN  Tuan, MEMOHON BANTUAN / SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK ANAK-ANAK YATIM, FAKIR MISKIN                              DAN ASNAF ZAKAT SEMPENA RAMADHAN / SYAWAL 2015. Perkara diatas adalah dirujuk 2. Dengan ini dimaklumkan bahawa ” PERTUBUHAN PERMATA AL MAHABBAH NEGERI PULAU PINANG   merupakan sebuah Pertubuhan Kebajikan  yang mula beroperasi pada 31 Oktober 2013 . Ia berfungsi menjaga anak-anak yatim, fakir miskin dan anak-anak asnaf zakat  dan di mana buat masa ini seramai 60 orang .Terdapat 2 buah pusat kebajikan yang dibawah nya iaitu RUMAH PERMATA KASIH dan MAAHAD TAHFIZ BAITUL MAHABBAH 3. Selain itu, ia juga menjadi tempat rujuk dan pusat agihan bantuan berupa makanan asas dan lain-lain keperluan kepada mereka yang benar-benar memerlukan bantuan dan keutamaan diberi kepada anak-anak miskin, ibu tunggal, fakir miskin serta golongan yang layak menerima zakat . 4. Sempena Ramadhan, dan Syawal yang semakin hampir, kami amat berbesar h
Image
     JALINAN KASIH BERSAMA STAF DAN PELAJAR AIPV kota pontianak kota kelahiran  malaysia negara kota kejayaan  selamat datang kepada cik dan puan ke blog rumah permata kasih...... salam semuanya,,,,pada kali ini kami didatangi tetamu dari AKADEMI INTELEK PENGAJAR VAKOSIONAL atau nama singkatannya AIPV .Seramai 40 pelajar dan staf AIPV bertandang di rumah permata kasih untuk program lawatan sambil belajar .Baiknya Allah kerana menghiburkan anak anak ini dengan kehadiran tetamu dari AIPV...Yang pastinya anak anak disini sangat terhibur dengan berbagai aktiviti yang disusun dari pihak AIPV dan juga hadiah yang disediakan oleh mereka............akhir sekali dari kami SEDIKIT YANG ANDA BERI BESAR NILAINYA DISISI ALLAH  S.W.T.... kalau hendak kata sahabat, lawatan kasih sayang kita budayakan , jadikan kunjungan ini sebagai rahmat, semoga berkekalan hingga akhir rakyat.......

Kemeriahan Ramadhan tahun lepas...

Image
Kemeriahan di hari raya...walaupun kepenatan program dari pagi hingga ke malam namun anak-anak tetap ceria. Tambahan pula pada sebelah malamnya dapat makan sedap dan dapat pula main bunga apiii...Terima kepada semua yang terlibat...harap dapat buat lagi pada tahun ni...

Sumbangan Atau Tajaan Kenderaan

Image
Salam Ceria...   Kepada semua pengunjung blog Pertubuhan Permata Al-Mahabbah ini. Terima kasih di ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjung dan secara tak langsung dapat membaca, melihat dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai aktiviti di rumah-rumah yang di naungi oleh Pertubuhan Permata Al- Mahabbah ini.   Untuk pengetahuan semua pihak kami masih lagi mengharap dan akan terus berusaha untuk mencari mana mana pihak, individu, syarikat atau badan-badan korporat yang sudi untuk menyumbang, menaja kenderaan berupa Van untuk kegunaan anak-anak di rumah pusat yang kami tadbir ini.    Memandangkan hari persekolahan pun dah tak berapa lama lagi akan beroperasi. Jadi amat sangatlah diperlukan sebuah kenderaan untuk keselesaan dan keselamatan anak- anak ini. Ia juga amat di perlukan untuk aktivi dan jemputan di luar, juga untuk membawa anak- anak ke klinik dan sebagainya.    Oleh itu pihak kami sekali lagi ingin menyeru dan mengharap agar ada yang perihatin tentang pe