Posts

Showing posts from April, 2014

Anda memiliki barangan, pakaian lama/terpakai yang ingin disumbangkan?

Image
Jangan buang/bakar harta benda anda yang lama tapi masih bermaanfaat untuk orang lain. Tingkatkan amal jariah anda. Mungkin anda sudah tidak memerlukannya tapi masih ada insan yang masih memerlukannya. Pihak kami bersedia menerima apa jua bentuk sumbangan seperti mesin basuh, komputer, camera, kenderaan (van) dan sebagainya demi kemudahan dan keselesaan anak-anak di bawah naungan PPAMNPP. Jutaan Terima Kasih Kepada Yang Sudi Menyumbang Salam ceria untuk semua, kami dari pihak pertubuhan permata al-mahabbah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang prihatin kepada kami. Kami dari PPAMNPP mendoakan agar tuan/puan sentiasa dirahmati ALLAH dan mendapat nikmat dan rahmat dari Allah. Dan Allah mempermudahkan segala urusan tuan/puan. Dirumah permata kasih masih dan rumah jagaan baitul al-mahabbah yang dinaungi oleh PPAMNPP sangat memerlukan sumbangan seperti barangan keperluan harian atau kewangan bagi menampung keperluan disini. Untuk sumbangan boleh datang ke ru

Kunjungan Kelab Myvi Extreme

Image
Pada 17 Mac 2014, satu rombongan Kelab Myvi Extreme N. Pulau Pinang telah mengadakan program bergotong-royong di Rumah Jagaan Harapan Al-Mahabbah (RJHA). Mereka juga telah menyumbangkan wang dan barang-barang keperluan seperti beras, bawang, minyak masak dan lain-lain. Menurut pengerusi kelab tersebut, Muhd Yusmari, ini adalah merupakan lawatan pertama mereka ke rumah amal seperti RJHA. Pihak kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Kelab Myvi Extreme kerana sudi bersama-sama dengan kami (RJHA) dan memberikan sumbangan berupa barangan keperluan dan wang.                              Muhd Hafiz  -Pengerusi Kelab Myvi Extreme Wilayah Utara (Kanan)     Muhd Yusmari  -Pengerusi Kelab Myvi Extreme Negeri Pulau Pinang (Kanan)