Galeri Ilmu

Motivasi

Sabda Rasulullah SAW, "Sebaik-baik usaha untuk mendapat rezeki adalah bekerja dengan tangan sendiri." - Direkodkan oleh Imam Ahmad Dan Imam Al-Baihaqi.

Hadis ini adalah satu penegasan dari Rasulullah SAW bahawa bidang pilihan mencari rezeki ialah dengan bekerja sendiri. Pilihan inilah yang utama kerana ianya adalah sebaik-baik usaha. Makan gaji atau bekerja dengan orang lain adalah pilihan kedua atau ketiga.

Berusaha sendiri bermakna menjadi usahawan. Kategori usahawan tentunya berbeza-beza. Walaupun hadis di atas tidak disebutkan tentang bisnes, pengusaha atau usahawan adalah seorang peniaga. Pengusaha ladang lembu daging atau lembu susu adalah seorang usahawan. Pengusaha kolam ikan patin juga seorang usahawan. 

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW menyebut, “9/10 (90%)  rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” - Direkodkan oleh Imam At-Tirmizi). Banyak hadis yang menyatakan kelebihan berniaga. Hal-hal yang melibatkan persoalan perniagaan dan keusahawanan adalah perbincangan sunnah yang panjang. 

Sebelum berkahwin, Rasulullah SAW adalah seorang peniaga. Ketika itu Makkah dan Madinah adalah pusat perniagaan utama di semenanjung tanah arab. Semua pedagang tertumpu membawa barang dagangan mereka ke dua tanah suci ini. Hubungan antara wilayah dengan wilayah yang lain awalnya terhubung melalui jalan perniagaan. 

Ketika Islam sudah membesar, wilayah takluk kerajaan Islam berkembang luas, perniagaan masih terus berjalan bahkan berkembang lebih rancak. Barangan yang diniagakan semakin banyak dan pelbagai bentuk. Ada sahaja produk baru yang dibawa masuk ke negara yang baru dijajah atau mendapatkan produk tersebut di negara jajahan untuk dipasarkan di tempat lain. 

Kerancakan bisnes ini secara langsung melahirkan ramai usahawan besar di kalangan para sahabat, tabiin dan generasi yang selepas mereka. 

Sejarah kegemilangan Islam menunjukkan peneraju ekonomi dunia pada masa itu adalah umat Islam. Ianya sama dengan era ketemadunan ilmu dan falsafah yang dipelopori oleh umat Islam. Umat dan bangsa bukan Islam jauh terkebelakang. 

Jika dahulu umat Islam gemilang, tidaklah mustahil hal yang sama boleh berulang di zaman ini. Kuasa Allah mampu melakukannya. Jika umat Islam bertaqwa dan berusaha, tidaklah ada halangan untuk Allah wariskan kemenangan dan kejayaan.

Keyakinan ini memerlukan hati yang kuat dengan Allah. Hanya yang bersangka baik dengan Allah sahaja akan dipertemu dengan jalan kebenaran. 

Jika mentaliti umat Islam masih terkongkong dan beku, mereka akan tetap melihat zaman gelap yang tiada cahaya. Apa pun, suatu waktu pasti ada orang yang boleh mencerahkan pandangan mereka. 

Adab Anak Terhadap Ibu

) Mentaati arahan mereka selagi tidak menyuruh melakukan maksiat.

2) Memberikan nafkah dan mencukupkan keperluan mereka.

3) Mengeratkan hubungan sesama ibu dan anak.

4) Mendahulukan kepentingan mereka.

5) Melakukan pengorbanan untuk mereka.

6) Bersegera menyahut penggilan mereka.

7) Bermanis muka di hadapan mereka.

8) Tidak mengatakan "ah" dan perkataan yang kasar kepada mereka.

9) Membalas jasa mereka.

10) Membawa mereka menunaikan haji di Makkah.

11) Meminta izin untuk memasuki kamar.

12) Sentiasa mendoakan.

13) Sentiasa bertanya khabar melalui telefon, surat atau perantaraan alam maya seperti e-mel.

14) Berdiri menyambut kedatangan mereka ketika bertandang ke rumah.

15) Memohon keredaan ibu bapa dan memohon maaf jika melakukan kesalahan.

Wallahu'alam.


                       Mahalnya nilai kasih sayang ....


” Sewaktu pertempuran di Yarmuk, ramai dari kalangan tentera Islam yang luka parah. Mereka yang cedera itu sudah tidak berdaya untuk meneruskan perjuangan, lalu ditempatkan dalam sebuah khemah. Mereka semua mengalami luka-luka yang banyak di seluruh tubuh.
Banyak darah yang keluar hingga menyebabkan mereka merasa dahaga yang amat sangat. Lalu salah seorang daripada tentera Islam yang cedera itu, iaitu Al Haris bin Hisyam, meminta air. “Air, air,” katanya.
Seorang Sahabat yang mendengar Al Haris meminta air itu segera membawa air kepadanya. Namun belum sempat Al Haris meminumnya, tiba-tiba dia terdengar suara Ikrimah yang turut cedera meminta air.
Al Haris pun berkata, “Berikanlah air itu kepadanya.” Ketika pembawa air itu sampai kepada Ikrimah, belum pun sempat beliau meminumnya, Ikrimah terdengar pula suara Aiyasy meminta air.
Ikrimah juga tidak jadi meminumnya. Dia menyuruh memberi air itu kepada Aiyasy. Pembawa air itu segera mendapatkan Aiyasy yang terbaring kesakitan. Belum sempat dia memberi air itu kepada Aiyasy, Sahabat tersebut telah pun syahid. Pembawa air itu segera kembali kepada Ikrimah, didapatinya Ikrimah juga telah syahid. ”
Lalu dia segera berlari ke arah Al Haris, juga didapatinya Al Haris sudah syahid. Terduduklah Sahabat yang membawa air itu sambil menangis keharuan.
Sejarah ini bukan khayalan, tapi ia benar-benar terjadi.
Madah buat renungan….
” Orang yang kenyang dengan kasih sayang kurang lapar dengan benda-benda atau pekara-pekara lain. Kalau orang lapar dengan kasih sayang,dia rasa lapar dengan benda-benda atau pekara-pekara lain.”

Comments

Popular posts from this blog

Keperluan yang sangat diperlukan

MEMOHON SUMBANGAN PEBELANJAAN DAN KEPELUAN HARIAN