Sumbangan

    
      BAGI menyempurnakan hasrat dan cita-cita ini, pihak pengurusan pusat jagaan ini mengalu-alukan penglibatan masyarakat  dari pelbagai pihak dan lapisan baik dari kalangan  individu,  organisasi,  agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat mahupun badan-badan sukarela.
      PPAMNPP mengalu-alukan dan menerima sebarang bentuk bantuan untuk anak-anak ini. Contoh barang keperluan yang diperlukan adalah seperti berikut:
Makanan : Bahan makanan asas basah dan kering. Beras, minyak, gula, tepung, telur, ikan bilis, milo, susu tepung, susu pekat, teh, kopi, kicap manis, sos, mihun, mee kuning, biskut, sayuran, bebawang, kentang, daging, ayam, ikan, buah-buahan dan sebagainya.
Keperluan diri dan sekolah: Antaranya alat tulis, pakaian seragam, beg sekolah. sabun, berus gigi, ubat gigi, syampu, sabun pencuci dan lain-lain, juga pakaian (baru atau terpakai)
Peralatan Pejabat : ( Baru / Terpakai ) Komputer, mesin faks, meja, kerusi, white board, rak buku, almari pakaian, sofa.
Peralatan Rumah : Mesin basuh, katil 2 tingkat, almari pakaian, rak buku, TV, kipas berdiri , air-cond, karpet, bantal, cadar, langsir dll
Kenderaan : Kereta, van atau bas. (Untuk pengangkutan ke sekolah, menghantar barang-barang ke rumah anak yatim dan fakir miskin, mengambil barang-barang dari rumah penyumbang, kegunaan di waktu sakit , menghadiri jemputan dan urusan lain-lain yang berkaitan.
(Sekiranya barangan yang disumbangkan melebihi keperluan, PJSR akan mengagih-agihkannya kepada pihak yang memerlukan bantuan seperti asrama-asrama kebajikan yang lain, sekolah tahfiz /agama, ke rumah individu yang dikenalpasti perlukan bantuan.)
Sumbangan untuk pembangunan:  Memasang jubin lantai, papan tanda di simpang jalan, tangki air pagar, pondok rehat, pokok-pokok lanskap, bumbung asbestos atau genting, memasang awning dan lain-lain kerja untuk membaik pulih bangunan. Kerja-kerja ini sedang diusahakan dari masa ke semasa sebaik sahaja mendapat dana yang mencukupi.

SUMBANGAN WANG TUNAI
Sumbangan wang tunai atau cek boleh dibuat dalam tiga bentuk:
i)  Sedekah
    Sedekah kepada golongan ini adalah dikira sebagai sedekah jariah. Selepas mati, terputuslah semua amalan seseorang melainkan 3, iaitu sedekah jariah, doa anak yang soleh dan ilmu yang diajarkan kepada orang. Terlalu banyak fadilat sedekah. 
ii)  Bayaran zakat kepada badan tidak rasmi
    Kesemua penghuni dan mereka yang dinaungi oleh Pertubuhan Permata Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang adalah layak untuk menerima zakat. Justeru itu, anda boleh menyumbangkan bayaran zakat anda kepada RASR sebagai sebuah badan tidak rasmi (melainkan zakat fitrah)
iii) Saluran untuk mendapatkan pelepasan cukai LHDN
    Sumbangan kepada RASR sebanyak RM1000 ke atas akan diberikan resit pelepasan cukai LHDN atas permintaan.  Anda boleh menolaknya dari jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar setiap tahun.
     Sumbangan hendaklah dibuat atas nama:
PUSAT JAGAAN PERMATA KASIH
(MBB 5570 9030 9604 )
     Segala sumbangan yang dihulurkan kami dahului dengan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.



     Keperluan pusat yang dinaungi oleh Pertubuhan Permata 
                    Al-Mahabbah Negeri Pulau Pinang.
SEMEMANGNYA modus operandi seumpama ini memerlukan tenaga yang ramai serta berkemahiran dan berpengalaman, juga memerlukan kos yang tinggi, namun ia perlu dilaksanakan demi menyelamatkan anak-anak yang ditakdirkan kurang benasib baik ini - sebelum mereka meningkat remaja, lantas agak terlewat.  Justeru ini, pihak pengurusan pusat jagaan ini mengalu-alukan penglibatan masyarakat  dari pelbagai pihak dan lapisan baik dari kalangan  individu, organisasi,  agensi-agensi kerajaan, syarikat-syarikat korporat mahupun badan-badan sukarela.Rumah Amal Suci Rohani ini sentiasa terbuka dan untuk menerima apa jua kerjasama dan bantuan dari masyarakat bagi melaksanakan tanggungjawab dan amanah kepada golongan yang memerlukan pembelaan ini selari dengan firman Allah yang bermaksud:
“Ambillah (sebahagian) daripada harta mereka untuk dijadikan sedekah (zakat) supaya dengannya kamu dapat membersihkan dan menyucikan diri mereka (dari dosa)”   

Secara purata, anggaran perbelanjaan bulan PPAMNPP adalah seperti berikut:

BIL.

KEPERLUAN

RM

1.
Sewaan Premis
2,000.00
2.
Kenderaan (Sewa Van, Minyak, Tol)
3,000.00
3.
Kos penyelenggaraan dan baik pulih
750.00
4.
Makanan ( 60 orang x RM8 x 30 hari)
14,400.00
5.
Bil telefon, elektrik dan air
3,000.00
6.
Promosi, flyers, surat dan setem
1.500.00
7.
Barangan keperluan diri (eg ubat gigi, shampu, sabun etc)
1.500.00
8.
Rawatan kesihatan
1000.00
9.
Saguhati petugas (RM800 x 10 orang)
8,000.00
10.
Sumbangan anak yatim dan fakir
1,000.00
11.
Keperluan Sekolah ( rm150 x 15 orang )
2,250.00
12.
Duit Belanja Sekolah ( rm3x15 orang x 30 )
1,350.00
13.
Lain-lain perbelanjaan sampingan
3,000.00

Jumlah Keperluan      
42,750.00
   Perbelanjaan ini adalah untuk memenuhi sekitar keperluan asas sahaja. Kadangkala berlaku kes-kes kecemasan yang di luar dugaan yang memerlukan dana tambahan secara mengejut.

Comments

Popular posts from this blog

Keperluan yang sangat diperlukan

MEMOHON SUMBANGAN PEBELANJAAN DAN KEPELUAN HARIAN