Sumbangan Atau Tajaan Kenderaan



Salam Ceria...
  Kepada semua pengunjung blog Pertubuhan Permata Al-Mahabbah ini. Terima kasih di ucapkan kerana sudi meluangkan masa untuk mengunjung dan secara tak langsung dapat membaca, melihat dan mengetahui sedikit sebanyak mengenai aktiviti di rumah-rumah yang di naungi oleh Pertubuhan Permata Al- Mahabbah ini.
  Untuk pengetahuan semua pihak kami masih lagi mengharap dan akan terus berusaha untuk mencari mana mana pihak, individu, syarikat atau badan-badan korporat yang sudi untuk menyumbang, menaja kenderaan berupa Van untuk kegunaan anak-anak di rumah pusat yang kami tadbir ini. 
  Memandangkan hari persekolahan pun dah tak berapa lama lagi akan beroperasi. Jadi amat sangatlah diperlukan sebuah kenderaan untuk keselesaan dan keselamatan anak- anak ini. Ia juga amat di perlukan untuk aktivi dan jemputan di luar, juga untuk membawa anak- anak ke klinik dan sebagainya. 
  Oleh itu pihak kami sekali lagi ingin menyeru dan mengharap agar ada yang perihatin tentang perkara ini. Dan ingin membantu meringankan serta menyelesaikan permasalahan yang di sebut di atas. 
  Kepada ingin membantu bolehlah menghubungi pihak kami atau datang sendiri ke rumah pusat jagaan ini sendiri.
  
          " Gembirakanlah hamba Allah nescaya Allah akan gembirakan kita"
  

Comments

Popular posts from this blog

Keperluan yang sangat diperlukan

MEMOHON SUMBANGAN PEBELANJAAN DAN KEPELUAN HARIAN