GEMBIRAKAN MEREKA NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA
" GEMBIRAKAN MEREKA NESCAYA ALLAH AKAN GEMBIRAKAN KITA "
Pada hujung minggu lepas ,anak rumah permata kasih direzekikan ke Wonderfood Museum Penang.
Pertama kali ke sini , ternyata membuatkan anak RPK begitu teruja ....semua makanan yang popular terdapat disitu dalam saiz yang besar.
![]() |
makanan popular penang NASI KANDAR |
![]() |
Teruja bergambar dengan raja segala buah |
![]() |
menjamu selera dengan roti canai gergasi |
![]() |
dunia yang penuh dengan coklat dan manisan |
![]() |
![]() |
sudut yang cukup mendalam mesejnya![]() |
Kesusahanku di masa kecil
Mengenalkanku erti penderitaan
Kerana itulah aku tidak boleh mendengar orang menderita
Aku suka sekali menolong mereka
Kematian ibuku di waktu kecilku
Menginsafkan aku betapa sedihnya orang tiada beribu
Kerana itulah aku simpati kanak-kanak yang tidak beribu
Inginnya aku menghiburkannya, ingin aku menggembirakannya
Kesusahanku di dalam kehidupan
Di dalam semua aspek pengalaman
Di dalam makan minum, di dalam tempat tinggal, di dalam berpakaian
Menjadikan aku sensitif dengan penderitaan orang
Rupanya pengalaman di dalam kehidupan
Banyak pengajaran dan didikan
Banyak menyedarkan dan menginsafkan
Sangat berguna buat perjuangan masa depan
Itulah hikmahnya aku tidak mendapat pelajaran tinggi
Kerana keadaan kehidupan yang susah selalu menghalang
Tapi aku berpeluang belajar dengan kehidupan
Di sinilah aku dapat ilmu dan pengalaman
Comments
Post a Comment