kami dari sekeluarga PPAMNPP mengucapkan ampun maaf sebanyak2 nya kepada para kawan2 seperjuangan terutama kepada penyumbang2 yang membantu kami menunaikan amanah ini!

Tarikh malam Nisfu Syaaban 2014 di Malaysia mengikut kalendar atau takwim islam. Nisfu Syaaban merupakan pertengahan bulan atau hari ke-15 dalam bulan Syaaban mengikut kalender Hijrah. Dalam Kalendar islam, 30 Mei 2014 merupakan bermulanya awal bulan Syaaban bersamaan 1 Syaaban 1435H. Oleh itu, pada 15 hari berikutnya dalam bulan Syaaban, 13 Jun 2014 adalah pertengahan bulan Syaaban yang bersamaan dengan 15 Syaaban 1435H. Manakala malam Nisfu Syaaban jatuh pada 12 Jun 2014 (Khamis) sebaik sahaja masuk waktu Maghrib.
nisfu-syaaban-2014
Tarikh Penting Bulan Syaaban 2014
1 Syaaban 1435H: 30 Mei 2014
15 Syaaban 1435H: 13 Jun 2014
Malam Nisfu Syaaban: 12 Jun 2014 (Khamis): sebaik sahaja lepas waktu Maghrib
Pengertian Nisfu Syaaban
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Antara Amalan Pada Malam Nisfu Syaaban
1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
2. Melakukan Qiamullail.
3. Berpuasa pada siang harinya.

Comments

Popular posts from this blog

Keperluan yang sangat diperlukan

MEMOHON SUMBANGAN PEBELANJAAN DAN KEPELUAN HARIAN